Gulai asam rong

Asam Rong (Jawi: ‏أسم روڠ‎code: ms is deprecated ‎) atau Asam Rum (Pahang Tengah: Asang rong, Ulu Tembeling: Aseroq) merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut,Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya. Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Maran, Raub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji buah getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong.